Pertandingan Poster Hari Malaysia

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Poster Hari Malaysia telah diadakan pada tarikh 14 September 2019 di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Pertandingan ini diadakan sempena dengan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Taman Sepakat Jaya 2019 yang akan diadakan pada 28 September 2019. Bersempena dengan bulan kebangsaan juga, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya memilih tema Hari Malaysia sebagai tema pertandingan tersebut bagi memupuk semangat bulan kebangsaan dikalangan pelajar yang menyertai pertandingan Poster Hari Malaysia.

Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur 10 tahun sehingga 16 tahun. Peserta yang telah banyak mengikuti kelas-kelas latihan yang diadakan oleh Pihak Pusat Internet, mampu menghasilkan poster yang menarik. Hasil poster yang telah dihasilkan oleh peserta telah dimuatnaikkan di halaman facebook Pusat Internet Taman Sepakat Jaya untuk tujuan undian bagi menentukan kedudukan pemenang. Keputusan pemenang akan diberitahu pada 28 September 2019 bersamaan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Taman Sepakat Jaya 2019.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali